Ketahui 10 Pekerjaan 'High Demand' di Malaysia Menjelang 2025
Ketahui 10 Pekerjaan 'High Demand' di Malaysia Menjelang 2025

Memahami landskap pasaran pekerjaan abad ke-21 yang terkini adalah asas yang perlu anda ketahui. Anda perlu sentiasa menyesuaikan diri dan mengambil tahu trend pekerjaan untuk kekal ‘'up-to-date'. Artikel ini bertujuan untuk membantu dalam membuat keputusan tentang pemilihan pekerjaan anda seterusnya.


10 Pekerjaan yang Paling Banyak Direkrut di Masa Hadapan


Di masa hadapan, pekerjaan yang paling banyak direkrut akan cenderung kepada bidang teknologi dan data. Ini disebabkan oleh kemajuan pesat dalam teknologi dan automasi. Antaranya bidang yang memerlukan kemahiran dalam pembelajaran mesin dan sains komputer. Ini disertai kelayakan seperti ijazah dalam bidang berkaitan yang menawarkan gaji yang lumayan.


1. Jurutera AI


Jurutera AI adalah profesional yang pakar dalam pembangunan dan implementasi sistem kecerdasan buatan.


Skill yang DiperlukanKemahiran dalam pengaturcaraan (Python, R), pembelajaran mesin, pemodelan statistik, dan analisis data.
KelayakanIjazah sarjana muda dalam Sains Komputer, Kejuruteraan, Matematik, atau bidang berkaitan.
GajiPurata gaji per jam: rm72.⁠Purata gaji untuk jurutera AI sangat kompetitif, bergantung kepada yang mempunyai pengalaman tinggi.

2. Jurutera Perisian (Software Engineers)

Jurutera perisian merancang, membangun, dan menyelenggara sistem perisian kecerdasan buatan.


Skill yang DiperlukanPengaturcaraan (Java, C++, Python), reka bentuk sistem, dan pengetahuan dalam pembangunan aplikasi.
KelayakanIjazah sarjana muda dalam Sains Komputer, Kejuruteraan Perisian, atau bidang berkaitan.
GajiJurutera perisian biasanya mendapat gaji yang tinggi, bergantung kepada kemahiran dan pengalaman. Secara purata adalah RM4,300 hingga RM6,000 sebulan.

3. Pemaju Blockchain (Blockchain Developer)


Pemaju blockchain bertanggungjawab untuk mencipta dan menyelenggara aplikasi berasaskan keperluan pekerjaan blockchain.


Skill yang DiperlukanPengetahuan dalam blockchain, kriptografi, pengaturcaraan (Solidity, Python), dan pembangunan kontrak pintar.
KelayakanIjazah dalam Sains Komputer atau bidang teknologi.
GajiGaji pemaju blockchain adalah tinggi, Purata bulanan RM 5,770. Ini kerana permintaan yang tinggi dan bekalan tenaga kerja yang terhad.

4. Jurutera Keselamatan Siber (Cybersecurity Engineer)


Jurutera keselamatan siber melindungi sistem dan data dari ancaman siber.


Skill yang DiperlukanPengetahuan mendalam tentang rangkaian komputer, kriptografi, pengesanan ancaman, dan pengurusan risiko.
KelayakanIjazah dalam Keselamatan Siber, Teknologi Maklumat, atau bidang berkaitan. Sijil profesional seperti CISSP adalah satu kelebihan.
GajiPurata gaji per jam: RM83Gaji untuk jurutera keselamatan siber adalah tinggi kerana keperluan yang semakin meningkat.

5. Penganalisis Data Besar (Big Data Analyst)


Penganalisis data besar mengumpul, memproses, dan menganalisis data dalam jumlah besar. Ini bertujuan untuk memberi pandangan yang berharga kepada organisasi.


Skill yang DiperlukanKemahiran dalam analisis data, pengaturcaraan (SQL, Python), dan alat analisis data (Hadoop, Spark).
KelayakanIjazah dalam Sains Data, Statistik, atau bidang berkaitan.
GajiPenganalisis data besar mempunyai gaji menarik, purata bulanan RM3,500 ke RM5,000.

6. Juruaudit Bias Algoritma (Algorithm Bias Auditor)


Juruaudit bias algoritma memastikan algoritma yang digunakan tidak memaparkan prejudis dan diskriminasi.


Skill yang DiperlukanPengetahuan dalam pembelajaran mesin, statistik, dan etika data.
KelayakanIjazah dalam Sains Komputer, Statistik, atau bidang berkaitan. Pengalaman dalam pengauditan dan analisis data adalah penting.
GajiGaji untuk juruaudit bias algoritma adalah kompetitif dan mengikut pengalaman.

7. Broker Data


Broker data mengurus, menjual, dan membeli data untuk pelbagai kegunaan komersial.


Skill yang DiperlukanKemahiran dalam analisis data, pengetahuan undang-undang data, dan pemasaran.
KelayakanIjazah dalam Sains Data, Perniagaan, atau bidang berkaitan. Pengalaman dalam industri data adalah satu kelebihan.
GajiBroker data bergaji tinggi berdasarkan nilai komersial data.

8. Jurutera Robotik


Jurutera robotik membangunkan dan menyelenggara robot yang digunakan dalam pelbagai industri.


Skill yang DiperlukanKemahiran dalam mekanik, elektronik, pengaturcaraan, dan reka bentuk sistem.
KelayakanIjazah dalam Kejuruteraan Mekanikal, Elektronik, atau bidang berkaitan.
GajiPurata gaji per jam: RM70Jurutera robotik mendapat gaji yang kompetitif bergantung kepada keperluan dan pengalaman.

9. Pereka Bentuk Pengalaman Pengguna (UX Designer)


Pereka bentuk pengalaman pengguna memastikan produk atau perkhidmatan memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna.


Skill yang DiperlukanKemahiran dalam reka bentuk interaksi, prototaip, dan penyelidikan pengguna.
KelayakanIjazah dalam Reka Bentuk, Psikologi, atau bidang berkaitan.
GajiPereka bentuk UX biasanya memperoleh gaji yang tinggi mengikut kemahiran dan pengalaman.

10. Pakar Terapi Genetik


Pakar terapi genetik mengembangkan rawatan melibatkan pengubahsuaian gen untuk merawat atau mencegah penyakit.


Skill yang DiperlukanPengetahuan dalam biologi molekul, genetik, dan teknik makmal.
KelayakanIjazah dalam Bioteknologi, Genetik, atau bidang berkaitan.
GajiGaji pakar terapi genetik sangat tinggi kerana kepakaran yang terhad dan sangat diperlukan.


goTop