Cara Beli Rumah Pertama Dengan Gaji Kecil Di Malaysia!
Cara Beli Rumah Pertama Dengan Gaji Kecil Di Malaysia!

Dalam artikel ni, kita akan bincangkan macam mana nak beli rumah pertama dengan gaji kecil. Kita akan buat kira-kira asas untuk menentukan jumlah pinjaman yang anda boleh mohon berdasarkan gaji. Seterusnya kami akan senaraikan skim rumah mampu milik di Malaysia untuk anda pertimbangkan.


Berdasarkan Gaji, Berapa Pinjaman Yang Anda Layak?


Dalam hartanah, ada istilah yang dikenali sebagai Income-to-Mortgage Ratio.


Untuk ni, pinjaman bulanan anda tidak boleh lebih daripada satu pertiga gaji kasar (gaji yang anda dapat sebelum ditolak cukai, perbelanjaan, dsb).


Jadi, cara nak kira pinjaman maksimum adalah:


Gaji kasar x 30 /100


Kalau gaji anda RM3,000 sebulan, pinjaman bulanan tak patut lebih daripada RM900!


Rumah Apa Yang Anda Mampu Beli?


Katakan anda nampak rumah berharga RM500,000. Dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah 4.5%, pinjaman bulanan adalah sekitar RM2,533.


Berdasarkan had RM900 tadi, rumah ini bukanlah untuk anda. Tetapi, kemudian anda jumpa pula rumah berharga RM170,000.


Dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah 4.5%, pinjaman bulanan adalah sekitar RM861. Yang ni lah anda mampu milik!


Apa Rumah Mampu Milik Yang Anda Boleh Mohon?


1) Skim Rumah PR1MA


Di peringkat persekutuan, Rumah PR1MA adalah satu skim yang dilancarkan untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah dalam pasaran yang semakin mahal.


Rumah PR1MA disediakan di setiap negeri, dengan harga RM100,000 hingga RM400,000. Antara syarat-syarat yang dikenakan:


  • Warganegara Malaysia
  • Bujang ataupun berkahwin berumur 21 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah (sama ada bujang ataupun pasangan berkahwin) antara RM2,500 hingga RM15,000
  • Kediaman PR1MA boleh dibeli sebagai kediaman pertama atau kedua sahaja
  • PR1MA juga menawarkan skim Rent-to-Own yang tak memerlukan bayaran pendahuluan dan bayaran bulanan yang rendah!


2) Johor


Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) menawarkan rumah bernilai RM40,000 hingga RM150,000. Kebanyakan rumah datang dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.


Antara syarat-syarat yang dikenakan:


  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Telah tinggal di Johor selama 10 tahun
  • Satu permohonan bagi setiap pasangan berkahwin
  • Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri
  • Gaji kasar bulanan tidak melebihi RM8,000 sebulan
  • Pemohon yang sudah ada rumah yang dikira sebagai rumah kos sederhana atau rumah mewah adalah tidak layak


3) Melaka


Lembaga Perumahan Melaka menawarkan rumah mampu milik berharga sekitar RM150,000 hingga RM400,000, dengan keluasan sekitar 1,000 kaki persegi.


Antara syarat-syarat yang dikenakan:


  • Warganegara Malaysia
  • Gaji kasar tidak melebihi RM5 ribu sebulan
  • Sekiranya bujang, anda perlu berumur 20 tahun ke atas untuk memohon


4) Negeri Sembilan


Kerajaan Negeri Sembilan menawarkan rumah mampu milik di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPP).


Buat masa sekarang, laman rasmi bagi bahagian perumahan adalah tidak berfungsi, namun anda boleh hubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan untuk sebarang pertanyaan!


5) Selangor


Rumah SelangorKu 3.0 menawarkan rumah berharga RM40,000 hingga RM250,000. Antara syarat-syarat yang dikenakan:


  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Tinggal di Selangor
  • Di Selangor pilihan unit adalah mengikut jumlah pendapatan bulanan anda seperti berikut:
  • Jenis A: Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,500 sebulan
  • Jenis B: Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM7,000 sebulan
  • Jenis C: Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
  • Jenis D, Jenis E dan Jenis E Khas: Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM14,500
goTop